Tuesday, May 31, 2011

Akhirnya Darul Quran Menjadi Pilihan Ku



Dalam Di Lema

Aku tidak sangka apabila mengetahui diriku terpilih untuk melanjutkan pelajar ketika menyemak keputusan temuduga Darul Quran JAKIM di laman web rasmi darul quran. Pada mulanya memang aku gembira kerana terpilih untuk belajar di bumi barakah tersebut kerana bukan senang untuk belajar kat situ. Hampir 2000 orang yang memohon, tetapi aku yang terpilih dalam kalangan 250 orang yang dapat. Setelah mendapat tau keputusan UPU, hatiku jadi berbelah bagi kerana pada masa yang sama aku ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Pusat Asasi UIAM dalam bidang Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer. Sejak daripada tu, aku meminta pandangan sahabat-sahabat ku tentang keadaanku. Aku menjadi serba salah sebab kedua-dua tawaran yang aku dapat tu memang bidang yang aku minati. Ramai dalam kalangan sahabatku yang mencadangkan aku supaya melanjutkan pelajaran ke Darul Quran walaupun aku menyatakan bahawa akau juga meminati kejuruteraan. Aku mula beristikharah sehingga ke malam terakhir pendaftaran Daqul Quran, tapi masih tidak menemui jalan penyelasaian. Kenyataan sahabatku, Haiqal Arshad yang aku kenali dalam laman web facebook, menambahkan lagi keyakinanku untuk ke darul quran kerana dia pun memang senasib dengankuAkhirnya aku buat keputusan untuk ke Darul Quran. Biarlah aku menjadi Hafiz dan Hamalatul Quran dahulu, barulah aku akan sambung ke bidang yang ku minati walaupun masanya agak panjang. Tapi aku x kisah pun sebab ‘berkorban itu indah’

Sunday, May 1, 2011

20 soalan tentang KISAS




1) give 5 simple words bout kisas…

Stress. Biah Solehah . Sahabat . Tension . Best

2) korg rse korg meletop kt skul…
entah la.... rasa macam biasa je....rasa macam tak berguna pun ada

3) pe perasaan mse ari pendaftaran. spe org 1st korg tego..korg redha dgn warna file yg diberi?

Rasa seronok sangat sebab dapat msuk sekolah yg lawa dan ckup lgkap la kemudhan nya. sebab sekoalh lama dulu serba kekurangan je. biasa la, sekolah kerajaan negeri. Senior la yang mula2 tegur. waktu x kisah sgt pun dpt file warna apa. pkai ambik je. tapi yg peliknya dari sekolah rendah smpai ke tingkatan 5 asyik dpt rumah sukan yg berwarna biru je. tension betul. redha je la dgn ketentuan.

4) pe yg korg bangga kt skul?

tidak ada benda pun yang nak dibanggakan. bukannya orang kenal sangat pun.

5) tempat paling korg suke kt skul…
KSK, Bilik BADAR, tmpat yang sangat seronok dan aman untuk bersendirian dan bersosial.

6) wat is ur nickname in skul..

x de pun nick name. Dawud je..

7) brape kali korg attend gotong- royong? .. pernah escape prep?bpe kali?kat mana n buat apa..??

Gotong royong tu kadang2 je pergi. escape prep selalu sangat. lepak kt bilik la. kalau x pun tidur.

8) bile 1st time korg break da rules? N how bout da last time?

Tak Terbilang, antara nya bwah hanset. Ceroboh sekolah pd wktu mlam. fly. mcm2 lagi.


9) brape kali korg singgah kantin sehari…

Jarang sangat. Klu gi pun bila terdesak sahaja. tu pun waktu malam.

10) sume org de kng manis.. so korgnye kngn pahit?

Kenangan pahit, kalah dalm pertandingan Hafazan MTQ, dpt naib Johan je. satu lgi SKK......geram betul. dh skit je lagi nak mumtaz sabar n redha je lah...

11) andai korg dtaklifkn sbgai KU or TKU… bygkn… n cerita pe yg bkal terjadi..

Satu perkara yang sangat mustahil


12) igt lagi msjid sultan sulaiman… pe korg wat kt sne?

Banyak Sangat yg dibuat. Pnjat menara Masjid. Qiamullail kt sana. solat terawikh. byk sgt bnda.

13) pe yg terjadi kt dwn kuliah?
Kelas Tambahan, tengok movie. berlumba untuk dapatkan tempat duduk waktu kelas. yg lain tu x igt sgt.


14) korg ttbe kena jd pres badar or hawa? Amcm… layakkh anda? Pe yg bakal berlaku…

Nampak sangat Mustahil.

15) brape kli korg outing dlm sebulan…dgn spe.. or solo? Tmpat pling jauh korg prnh g?

Setiap kali boleh outing, mesti outing. cma ad miss dalam 2/3 kali jgak. biasa nya keluar dengan kawan2. terutama Najmeen. Tmpat paling jauh rasa nya bndar Klang je.

16) soalan plg simple…. Pernah fly?

Pernah, byk kali jgak. kluar gi makan. tpi x pernah kantoi.

17) pebenda yg korg harap akn jadi.. tp ianya tak tercapai akal.. n confirm xkn jdnye!

entah la. no idea.


18)kalau diberi peluang balik mse form4/form5 apa yg korang nak buat..??

membaiki kesilapan yang dilakukan dahulu


19)kalau korang tak masuk KISAS agak2 kat sekolah lama apa cerita korang ek..??

entah. Rasa macam sama je masuk x masuk pun.

20)soalan last:decribe in 2 word tentang diri korang {sebelom:semasa:selepas} jadi warga KISAS..

Sebelum: Seronok je rasa nya dpt msuk KISAS
Semasa : Tension betul KISAS nie.
Selapas : Seronok dh x sekolah lagi, tpi bosan duk rmah.

Sunday, April 3, 2011

Kelebihan Yang ALLAH Berikan


Sebaik sahaja saya mendengar kuliyah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Hasyimi, saya mula terfikir tentang kelebihan yang Allah berikan kepada hamba-hambanya. Sesungguhnya Allah mengutuskan manusia ke dunia ini adalah untuk mencari sebab untuk mereka masuk ke syurga Allah atau sebaliknya dengan kelebihan yang Allah berikan kepada mereka. Ada orang yg Allah berikan kelebihan kekayaan kepadanya, sama ada dia mahu membelanjakan di jalan Allah atau membelanjakannya ke jalan maksiat. Dengan kelebihan yang dimiliki oleh seseorang itulah, Allah akan melihat sama ada dia menggunakannya untuk menuju ke syurga Allah atau pun Neraka.

Sesungguhnya, seoarang hamba Allah itu tidak akan masuk syurga dengan amalannya, tetapi dia akan masuk dengan rahmat Allah. Oleh itu, Rahmat Allah mesti dicari dengan kelebihan yang dimiliki oleh kita.

Seseorang yang mendapat 11A SPM tidak beruntung jikalau tidak mengunakan kelebihan yang dia ada untuk mencari rahmat Allah.

Seseorang yang hanya mendapat 3A SPM yang menggunakan kelebihan yang dia ada untuk mencari rahmat Allah merupakan manusia yang beruntung kerana mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan kepadanya.

Oleh itu, saya menasihatkan diri saya sendiri serta sahabat-sahabat agar bersyukur dengan kelebihan yang Allah berikan kepada kita, tidak kiralah seteruk mana pun result SPM kita, kita perlu bersyukur terhadap segala pemberian dan kelebihan Allah kepada kita. Ingatlah, masih ramai lagi sahabat-sahabat kita yang tidak mendapat kelebihan yang kita miliki.

Firman Allah:

'Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan: "Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7) '

Sebagai Konklusinya, secemerlang mana pun result SPM, tidak akan kemana menggunakan kelebihan yang dimiliki olehnya untuk berjuang di jalan Allah. Oleh itu, bersyukukurlah dengan keputusan SPM yg kita perolehi kerana itulah hasil usaha kita sepanjang kita mengambil peperiksaan tersebut. Apa yang penting, kita masih lagi dikurniakan hidayah oleh Allah.
setakat ni sahaja perkongsian saya yang tidak seberapa nie....

wassalam...

Saturday, March 5, 2011

Istimewanya Wanita Islam..



Ramai org ckp susah jadi wanita Islam, lihat saja peraturan dibawah:

1.Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2.Wanita perlu meminta izin suami jika nak kluar rumah tetapi lelaki tak perlu melakukan begitu.
3.Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4.Wanita menerima wasiat kurang dari lelaki.

5.Wanita perlu menanggung kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6.Wanita wajib taat pd suami tetapi lelaki tak perlu taat pd isteri.

7.Talak terletak ditangan suami bkn isteri.

8.Wanita kurang ibadahnya kerana masalah haid dan nifas yg tidak ada pd lelaki.

Prnahkah kita lihat sebaliknya??Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai,serta disimpan ditempat yg terbaik..sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan bersepah.Itulah bandingannya dgn seorang wanita..

-Wanita perlu taat pd suaminya,tetapi lelaki wajib taat kpd ibunya 3 kali lebih utama dr bapanya. Bknkah ibunya seorang WANITA.

-Wanita menerima pusaka kurang dr lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya.Manakala lelaki perlu menggunakannya untuk isteri dan anak2nya.

-Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk,malaikat dan seluruh kejadian ALLAH di muka Bumi ini,dan matinya krn melahirkan adalah syahid.

-Di akhirat kelak,seorang lelaki dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita;ibunya,isterinya,anak perempuannya dan saudar perempuannya.Manakala seorang wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki;suaminya,ayahnya,abangnya,dan anak lelakinya.

-Seorang lelaki perlu bjihad fisabilillah,tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya akan menerima pahala seperti org yg pergi berperang tanpa perlu mengangkat senjata..

begitulah mulianya seorang wanita.."

CET oleh muslimz

Tuesday, March 1, 2011

Secebis Peringatan.......

sekadar cebisan peringatan..
menulis di ruangan ini..

agak2nya dah berapa lama kita cuti??
cuti daripada majlis ilmu..
cuti daripada berjumpa dgn ulama..
cuti daripada membaca al quran..
cuti daripada solat malam..
cuti daripada jemaah..
cuti daripada tazkiyatun nafs..
cuti daripada sedekah..
cuti daripada doa..

bukan ape..
cuti skola tu dah semestinya..
tp yg lain tu x kan cuti juga kot..
x pe la klu kita rasa semua tu x penting..
tapi kan..
cuba kita ingat balik..
siapa kita ni atas muka bumi??
..........
hamba je pun..
habis tu..
buat la cara hamba..
bukan apa..
nabi pernah bersabda..

“Orang yang bijak itu adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal (bekerja) untuk bekalan selepas matinya. (Manakala) orang yang lemah itu adalah sesiapa yang mengikut hawa nafsunya dan kemudian mengharap (pertolongan) Allah.” (hadis riwayat Tirmidzi).

sbb tu la kita kita kene pilih..
nak jadi orang bijak ke orang bodoh..
klu nak jadi orang bodoh juga..
ikut la hawa nafsu tu..
lepas tu minta macam2 kat ALLAH..
' ya Allah, kurniakanlah aku kejayaan yg cemerlang.. jadikan la aku pelajar yg terbaik daripada yg terbaik.. dapatkanlah keputusan 11A+.. arahkanlah aku ke tempat yg terbaik untukku'

habis baca doa..
buka internet semula..
yg perempuan tgk lelaki..
yg lelaki tgk perempuan..
x sampai masa dah rasa nak kahwin..
macam mana la doa nakk makbul..

sekadar peringatan buat diri yg lupa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates