Sunday, April 3, 2011

Kelebihan Yang ALLAH Berikan


Sebaik sahaja saya mendengar kuliyah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Hasyimi, saya mula terfikir tentang kelebihan yang Allah berikan kepada hamba-hambanya. Sesungguhnya Allah mengutuskan manusia ke dunia ini adalah untuk mencari sebab untuk mereka masuk ke syurga Allah atau sebaliknya dengan kelebihan yang Allah berikan kepada mereka. Ada orang yg Allah berikan kelebihan kekayaan kepadanya, sama ada dia mahu membelanjakan di jalan Allah atau membelanjakannya ke jalan maksiat. Dengan kelebihan yang dimiliki oleh seseorang itulah, Allah akan melihat sama ada dia menggunakannya untuk menuju ke syurga Allah atau pun Neraka.

Sesungguhnya, seoarang hamba Allah itu tidak akan masuk syurga dengan amalannya, tetapi dia akan masuk dengan rahmat Allah. Oleh itu, Rahmat Allah mesti dicari dengan kelebihan yang dimiliki oleh kita.

Seseorang yang mendapat 11A SPM tidak beruntung jikalau tidak mengunakan kelebihan yang dia ada untuk mencari rahmat Allah.

Seseorang yang hanya mendapat 3A SPM yang menggunakan kelebihan yang dia ada untuk mencari rahmat Allah merupakan manusia yang beruntung kerana mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan kepadanya.

Oleh itu, saya menasihatkan diri saya sendiri serta sahabat-sahabat agar bersyukur dengan kelebihan yang Allah berikan kepada kita, tidak kiralah seteruk mana pun result SPM kita, kita perlu bersyukur terhadap segala pemberian dan kelebihan Allah kepada kita. Ingatlah, masih ramai lagi sahabat-sahabat kita yang tidak mendapat kelebihan yang kita miliki.

Firman Allah:

'Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan: "Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7) '

Sebagai Konklusinya, secemerlang mana pun result SPM, tidak akan kemana menggunakan kelebihan yang dimiliki olehnya untuk berjuang di jalan Allah. Oleh itu, bersyukukurlah dengan keputusan SPM yg kita perolehi kerana itulah hasil usaha kita sepanjang kita mengambil peperiksaan tersebut. Apa yang penting, kita masih lagi dikurniakan hidayah oleh Allah.
setakat ni sahaja perkongsian saya yang tidak seberapa nie....

wassalam...

2 comments:

glittery diamond said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya, bersyukur dengan apa yang diperoleh .Biarpun result SPM yang diterima tidak seberapa namun kita perlu percaya bahawa pasti ada yang terbaik yang menanti kita selepas ini.

en mystery said...

ada hikmah disebalik kejadian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates