Tuesday, May 31, 2011

Akhirnya Darul Quran Menjadi Pilihan Ku



Dalam Di Lema

Aku tidak sangka apabila mengetahui diriku terpilih untuk melanjutkan pelajar ketika menyemak keputusan temuduga Darul Quran JAKIM di laman web rasmi darul quran. Pada mulanya memang aku gembira kerana terpilih untuk belajar di bumi barakah tersebut kerana bukan senang untuk belajar kat situ. Hampir 2000 orang yang memohon, tetapi aku yang terpilih dalam kalangan 250 orang yang dapat. Setelah mendapat tau keputusan UPU, hatiku jadi berbelah bagi kerana pada masa yang sama aku ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Pusat Asasi UIAM dalam bidang Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer. Sejak daripada tu, aku meminta pandangan sahabat-sahabat ku tentang keadaanku. Aku menjadi serba salah sebab kedua-dua tawaran yang aku dapat tu memang bidang yang aku minati. Ramai dalam kalangan sahabatku yang mencadangkan aku supaya melanjutkan pelajaran ke Darul Quran walaupun aku menyatakan bahawa akau juga meminati kejuruteraan. Aku mula beristikharah sehingga ke malam terakhir pendaftaran Daqul Quran, tapi masih tidak menemui jalan penyelasaian. Kenyataan sahabatku, Haiqal Arshad yang aku kenali dalam laman web facebook, menambahkan lagi keyakinanku untuk ke darul quran kerana dia pun memang senasib dengankuAkhirnya aku buat keputusan untuk ke Darul Quran. Biarlah aku menjadi Hafiz dan Hamalatul Quran dahulu, barulah aku akan sambung ke bidang yang ku minati walaupun masanya agak panjang. Tapi aku x kisah pun sebab ‘berkorban itu indah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates