Kem Bahasa Arab
Sekolah ana telah mengadakan kem bahasa arab pada 2 hingga 3 November bagi fasa 1. ana dengar fasa 1 lgi best dari fasa 2.
Thursday, November 5, 2009
Mukhayyam Bahasa Arab (Fasa1), Al-Ezhar Camp
Posted by DawudHawariy at 6:23 AMLabels: Diari Kehidupan
Kejohanan Futsal (RIMUP)
Posted by DawudHawariy at 6:23 AM
Pada 1 November, kejohanan futsal RIMUP tlh diadakan di Pelabuhan Klang. Ana dan shbt2 sekelas iaitu Multazam, Fauzi, Irsyad, Firdaus, Hakim, Nurdin dan Afiq tidak terkecuali menyertai kejohanan ini.
Kelas 403 diletakkan dlm kumpulan A bersama 402,409 & 408. Pada perlawanan pertama pasukan kami tewas 4-0 kepada 408 kemuadian membalas kekalahan itu pada perlawanan kedua dengan menewaskan 409 sebanyak 4-1. malangnya pasukan kami tewas semula kepada 402 dengan kekalahan 1-0. Kejohanan ini amat sengit keran setiap pasukan memberi tentangan hebat. Kejohanan ini keseluruhannya dimenangi oleh kelas 6B 1 (STAM) dengan menewaskan kelas 401 pada perlawanan akhir sebanyak 1-0
Labels: Diari Kehidupan
Sunday, November 1, 2009
Sejarah Kolej Islam
Posted by DawudHawariy at 5:37 AM| Sejarah KISAS | | | |
| Kolej Islam lahir dari tradisi ilmu dan budaya Islam yang unggul dan kaya. Jam 3.30 petang, 8 April 1955 merupakan tanggal keramat bagi warga Semenanjung Tananh Melayu, Singapura dan Brunei. Istiadat perasmian Kolej Islam Malaya dimulakan selepas solat Jumaat di tapak Istana Jemaah, Kampung Jawa, Klang oleh Sultan Hisamudin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor VI. Hasil usaha dan permuafakatan erat semua lapisan masyarakat, daripada golongan marhaen, para petani, nelayan dan buruh sehinggalah golongan aristokrat, Raja-raja melayu, golongan hartawan, akhbar serta golongan bukan Islam akhirnya merealisaikan cita-cita untuk mempunyai sebuah pusat agama tertinggi untuk perkembangan agama Islam di negara ini. Kesediaan Raja-raja Melayu menghulurkan bantuan dan memberi sokongan padu terhadapa penubuhan Kolej Islam khususnya Almarhum Sultan Hisamudin Alam Shah sendiri yang sanggup mewaqafkan Istana Jemaah sebagai tapak untuk melahirkan golongan ulama’ pewaris Nabi mencerminkan betapa murni dan tingginya harapan Keluarga Diraja Selangor untuk melihat kecemerlangan dan kegemilangan agama Islam. Seramai 43 pelajar yang datang dari pelosok Tanah Melayu, Singapura dan Brunei memulakan sesi pengajian pertama Kolej Islam Malaya pada 24 Februari 1955 di bangunan Istana Jemaah dan mereka dididik oleh pensyarah-pensyarah tempatan dan dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Sepanjang sejarah dan sehingga kini, Kolej Islam didatangi kelompok terbaik dari lepasan sekolah agama dan melahirkan pula tokoh-tokoh nasional dalam pelbagai bidang keahlian dan kerjaya. Kolej Islam sentiasa membawa nama baik Darul Ehsan dan Bandar Diraja Klang ke mercu pencapaian dan kecemerlangan sejajar dengan cogan kata Kolej Islam yang berasal dari ayat 112 Surah Hud yang berbunyi : “Tetapkanlah (Istiqamah) atas jalan lurus sebagaimana diperintahkan.” |
Labels: KISAS
Saturday, October 3, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Hargailah Ramadhan
Posted by DawudHawariy at 12:45 AM"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;2. Beristighfar;3. Memohon memasuki jannah dan4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikandan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.Selamat beribadat dan wassalam.
Labels: Tazkirah





