Tuesday, November 10, 2009

10 AMALAN YANG TERBALIK


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Thursday, November 5, 2009

Mukhayyam Bahasa Arab (Fasa1), Al-Ezhar Camp




Kem Bahasa Arab

Sekolah ana telah mengadakan kem bahasa arab pada 2 hingga 3 November bagi fasa 1. ana dengar fasa 1 lgi best dari fasa 2.




Kejohanan Futsal (RIMUP)


Pada 1 November, kejohanan futsal RIMUP tlh diadakan di Pelabuhan Klang. Ana dan shbt2 sekelas iaitu Multazam, Fauzi, Irsyad, Firdaus, Hakim, Nurdin dan Afiq tidak terkecuali menyertai kejohanan ini.

Kelas 403 diletakkan dlm kumpulan A bersama 402,409 & 408. Pada perlawanan pertama pasukan kami tewas 4-0 kepada 408 kemuadian membalas kekalahan itu pada perlawanan kedua dengan menewaskan 409 sebanyak 4-1. malangnya pasukan kami tewas semula kepada 402 dengan kekalahan 1-0. Kejohanan ini amat sengit keran setiap pasukan memberi tentangan hebat. Kejohanan ini keseluruhannya dimenangi oleh kelas 6B 1 (STAM) dengan menewaskan kelas 401 pada perlawanan akhir sebanyak 1-0

Sunday, November 1, 2009

Sejarah Kolej Islam


Sejarah KISAS PDF Print E-mail

Kolej Islam lahir dari tradisi ilmu dan budaya Islam yang unggul dan kaya. Jam 3.30 petang, 8 April 1955 merupakan tanggal keramat bagi warga Semenanjung Tananh Melayu, Singapura dan Brunei. Istiadat perasmian Kolej Islam Malaya dimulakan selepas solat Jumaat di tapak Istana Jemaah, Kampung Jawa, Klang oleh Sultan Hisamudin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor VI.

Hasil usaha dan permuafakatan erat semua lapisan masyarakat, daripada golongan marhaen, para petani, nelayan dan buruh sehinggalah golongan aristokrat, Raja-raja melayu, golongan hartawan, akhbar serta golongan bukan Islam akhirnya merealisaikan cita-cita untuk mempunyai sebuah pusat agama tertinggi untuk perkembangan agama Islam di negara ini. Kesediaan Raja-raja Melayu menghulurkan bantuan dan memberi sokongan padu terhadapa penubuhan Kolej Islam khususnya Almarhum Sultan Hisamudin Alam Shah sendiri yang sanggup mewaqafkan Istana Jemaah sebagai tapak untuk melahirkan golongan ulama’ pewaris Nabi mencerminkan betapa murni dan tingginya harapan Keluarga Diraja Selangor untuk melihat kecemerlangan dan kegemilangan agama Islam.

Seramai 43 pelajar yang datang dari pelosok Tanah Melayu, Singapura dan Brunei memulakan sesi pengajian pertama Kolej Islam Malaya pada 24 Februari 1955 di bangunan Istana Jemaah dan mereka dididik oleh pensyarah-pensyarah tempatan dan dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Sepanjang sejarah dan sehingga kini, Kolej Islam didatangi kelompok terbaik dari lepasan sekolah agama dan melahirkan pula tokoh-tokoh nasional dalam pelbagai bidang keahlian dan kerjaya.

Kolej Islam sentiasa membawa nama baik Darul Ehsan dan Bandar Diraja Klang ke mercu pencapaian dan kecemerlangan sejajar dengan cogan kata Kolej Islam yang berasal dari ayat 112 Surah Hud yang berbunyi : “Tetapkanlah (Istiqamah) atas jalan lurus sebagaimana diperintahkan.”



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates